Penjawat awam dapat ‘duit raya’ RM500, pesara RM250

Penjawat awam dapat ‘duit raya’ RM500, pesara RM250

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bantuan khas kewangan sempena hari raya itu akan dibayar minggu depan.

penjawat awam
Anwar Ibrahim berharap pemberian BKK Aidilfitri dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah (Skim Saraan Perkhidmatan Awam) dan Gred 56 ke bawah (Sistem Saraan Malaysia) yang akan dibayar minggu depan.

Beliau yang juga menteri kewangan turut mengumumkan RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Katanya, bantuan itu membabitkan implikasi kewangan RM900 juta yang memanfaatkan dua juta penjawat awam dan pesara.

“Kerajaan berharap pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam serta pesara dan menjadi pemangkin untuk berkhidmat penuh dedikasi,” katanya dalam kenyataan.

Pada 13 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menyalurkan BKK Aidilfitri kepada penjawat awam.

Presidennya Adnan Mat berkata pemberian BKK itu bagi meringankan beban perbelanjaan sempena Syawal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.