Rumah panjang terbakar, 300 tinggal sehelai sepinggang

Rumah panjang terbakar, 300 tinggal sehelai sepinggang

Kejadian berlaku pagi tadi melibatkan 27 daripada 30 pintu rumah panjang.

Gambaran dari udara kebakaran yang hampir memusnahkan keseluruhan 30 pintu rumah panjang Sungai Sinai, Ulu Sebauh, Bintulu.
PETALING JAYA:
Sekitar 300 penghuni rumah panjang Sungai Sinai, Ulu Sebauh, kira-kira 34km dari sini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata kebakaran melibatkan 27 daripada 30 pintu rumah panjang struktur tidak kekal.

“Bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran di Rumah Panjang Lapie pada 11.09 pagi dan pasukan keluaran operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang dikerahkan ke lokasi kejadian, tiba pada 11.45 pagi.

“Seorang penghuni lelaki berusia lingkungan 70-an mengalami sesak nafas dan dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Penghuni lain dilaporkan selamat dan tiada kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air terbuka serta bantuan air daripada tangki kenderaan bomba sehingga api berjaya dikawal pada 11.50 pagi.

Punca dan anggaran kerugian bencana sedang disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.