Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran

Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran

Mangsa, Zahari Ibrahim, 50, yang tinggal bersendirian ditemui bomba dalam kebakaran rumah di Raub, tengah malam tadi.

kebakaran
Beberapa anggota bomba memeriksa keadaan di lokasi kebakaran rumah di Kampung Kuala Semantan, Raub, tengah malam tadi.(Gambar JBPM)
KUANTAN:
Seorang lelaki ditemukan rentung selepas rumahnya di Kampung Kuala Semantan, Raub terbakar tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata Zahari Ibrahim, 50, yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan, ditemui bomba setelah pemadaman selesai dijalankan.

“Rumah itu hangus, lelaki itu dipercayai sedang tidur semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.42 tengah malam.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.