Cubaan seludup ke Thailand, 38,000 kelapa dirampas PGA

Cubaan seludup ke Thailand, 38,000 kelapa dirampas PGA

Briged Tenggara PGA membuat rampasan keseluruhan RM1.03 juta.

Briged Tenggara
Sebuah treler memuatkan 38,580 kelapa dirampas Briged Tenggara PGA. (Gambar PGA)
PETALING JAYA:
Sejumlah 38,580 kelapa dan sebuah treler bernilai RM1.03 juta dirampas dalam cubaan menyeludup keluar barangan itu ke Thailand, dari pengkalan haram Sekam Padi, Tumpat.

Rampasan dijalankan seitar 1.30 tengah hari semalam, semasa anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan tugas menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan itu.

Dalam kenyataan Briged Tenggara PGA, menyatakan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun turut ditahan.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)m memasukkan santan dalam barang kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2025.

Menterinya, Armizan Mohd Ali, berkata langkah itu bagi memastikan harga santan dapat dikawal menjelang perayaan itu dan tidak membebankan pengguna.

Katanya, sejak penghujung Februari negara berdepan masalah gangguan bekalan yang mana harga santan melambung sehingga RM22 sekilogram.

Kerajaan menetapkan harga maksimum santan RM17.50 sekilogram di Semenanjung. Bagi Sarawak (RM9), Sabah (RM12) , dan Labuan (RM15).

SHMMP Aidilfitri 2025 bermula pada 24 Mac hingga 7 April ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.