
PETALING JAYA: Tiga dilaporkan maut manakala dua lagi cedera dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 58.4 Lebuhraya Utara Selatan, awal pagi tadi.
Kejadian itu melibatkan sebuah pikap, Proton Saga dan dua lori
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Bomba Zulkifli Manaf, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam 3.24 pagi.
“Tiga mangsa dalam kereta Proton Saga tersepit dan meninggal dunia manakala dua lagi mangsa dalam pikap cedera.
“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi tamat pada 5.02 pagi,” katanya, menurut Berita Harian