
Ketua Pengarah Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu.
Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Pahang, Johor dan Sabah mulai Khamis ini hingga Jumaat.
Di Pahang, ia melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Bagi Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia.
Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi pertanyaan lanjut.