‘Tahniah, teruskan bekerja’, Anwar beritahu CEC DAP

‘Tahniah, teruskan bekerja’, Anwar beritahu CEC DAP

Semalam, DAP selesai memilih Jawatankuasa Tertinggi Pusat untuk bagi 2025-2028.

kongres ke 18 dap
Gobind Singh Deo dilantik sebagai pengerusi manakala Loke Siew Fook kekal setiausaha agung dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, semalam.
PUTRAJAYA:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berharap Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang baharu dilantik semalam akan terus bekerja keras untuk negara.

Bercakap kepada pemberita selepas satu majlis di Kementerian Pendidikan Tinggi, perdana menteri turut mengucapkan tahniah kepada DAP atas pembentukan jawatankuasa untuk penggal 2025-2028 itu.

“Tahniah dan terus bekerja,” katanya.

Pemilihan CEC DAP semalam menyaksikan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook kekal sebagai setiausaha agung iaitu kedudukan paling berpengaruh dalam perlembagaan parti itu.

Ini adalah penggal kedua Loke menjawat jawatan itu sejak mengambil alih daripada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 2022.

Menteri Digital Gobind Singh Deo pula dilantik sebagai pengerusi menggantikan Lim yang dipilih sebagai penasihat.

Gobind meraih undian terbanyak dalam pemilihan dengan 2,785 undi.

Mereka dipilih ke jawatan itu oleh sidang 30 anggota CEC selepas pemilihan parti.

Selain itu, jawatan naib pengerusi DAP pula diberikan kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Ketua Wanita Teo Nie Ching, Pengerusi DAP Selangor Ng Suee Lim, Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dan Adun Nilai J Arul Kumar.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Gelugor Ramkarpal Singh sebagai timbalan setiausaha agung parti itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.