6 pekerja dirakam keterangan kes samun RM46,000 di hab kurier

6 pekerja dirakam keterangan kes samun RM46,000 di hab kurier

Ketua Polis Klang Utara S Vijaya Rao berkata pihaknya giat mengesan tiga suspek terbabit.

Syarikat kurier rugi RM46,000 disamun tiga lelaki
Tangkap layar rakaman video menunjukkan tiga individu bertopeng dan berparang menyamun sebuah syarikat kurier di Meru Jumaat lalu.
PETALING JAYA:
Polis merakam keterangan enam individu berkaitan kes sekumpulan penjenayah bertopeng bersenjatakan parang menyamun RM46,000 di hab pengumpulan dan pengoperasian syarikat penghantaran di Meru, Klang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata enam individu itu ialah kakitangan syarikat terbabit.

“Kita masih berusaha mengesan suspek,” katanya menurut Sinar Harian.

Kelmarin, media melaporkan tiga individu bertopeng serta berparang yang menaiki Perodua Bezza bernombor pendaftaran palsu melarikan wang tunai RM46,000 dari sebuah hab pengumpulan dan pengoperasian syarikat kurier di Meru, Klang.

Kejadian berlaku pada 12.26 tengah hari Jumaat lalu ketika kakitangan syarikat itu sedang mengira wang tunai.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.