
Lim berada di kedudukan ke-26 daripada 30 yang terpilih dengan 1,719 undi.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang dikatakan didorong untuk mengambil alih jawatan pengerusi DAP daripada Lim, berada di kedudukan ke-19 dengan 2,101 undi.
Lim berkhidmat sebagai setiausaha agung selama 17 tahun sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Loke Siew Fook pada 2022.
Menuju pemilihan hari ini terserlah kempen untuk menyingkir Lim, dengan beberapa ahli veteran menyeru beliau memberi laluan kepada pemimpin lebih muda.
Belum ada kepastian sama ada Lim akan terus menggalas jawatan pengerusi, kerana sidang 30 anggota yang terpilih akan memilih pemegang jawatan bagi penggal 2025-2028 dalam kalangan mereka.