Pemandu rentung di JB

Pemandu rentung di JB

Kereta dipandu dipercayai terbabas lalu terbakar di Lebuhraya Senai-Desaru.

Lelaki rentung
Seorang pemandu terperangkap di ruang pemandu dengan identiti mangsa belum dikenal pasti. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Pemandu rentung selepas keretanya dipercayai terbabas lalu terbakar, dalam kejadian di KM11.3 Lebuhraya Senai-Desaru, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Johor Jaya Saifulbahri Mahpop, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan nahas membabitkan kereta Proton Iriz, pada 3.33 pagi.

“Setibanya anggota bomba di lokasi, didapati kenderaan itu telah terbabas dan terbakar pada keseluruhannya.

“Terdapat seorang mangsa terperangkap di ruang pemandu, namun jantina dan identiti belum dikenal pasti,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, operasi melibatkan 12 anggota bomba beserta tiga jentera itu tamat sepenuhnya pada 5.17 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.