
Katanya, peluang mempertahankan agak sukar dan melihat kemungkinan jawatan itu akan ditandingi ramai calon lain.
“Insya-ALLAH, saya rasa akan mempertahankan jawatan naib presiden.
“Nak kata peluang itu agak sukar kerana sedia maklum setelah kita menjadi sebuah kerajaan, pastinya ramai kepimpinan yang akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden,” katanya menurut Sinar Harian di Seremban.
Katanya, persaingan adalah konsep demokrasi yang harus diraikan semua.
Beliau berkata, kalah atau menang adalah pertarungan biasa dalam keluarga besar parti itu.
“Jadi, kalau saya kalah pun, saya kena akur dan kalau menang pun, saya kena lihat rakan-rakan yang berjuang bersama kerana mereka juga mempunyai potensi besar,” katanya sambil menambah akan bertanding pertahan ketua Port Dickson.
Selain Aminuddin, penyandang naib presiden PKR lain adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Setakat ini, Amiruddin dan Nik Nazmi sudah mengumumkan untuk mempertahankan jawatan itu.