Sepak murid hingga cedera, guru disiasat

Sepak murid hingga cedera, guru disiasat

Polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada Ahad lalu.

buli-abuse
Ketua Polis Hilir Perak, Bakri Zainal, berkata tindakan guru berusia 52 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 32 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Guru lelaki disiasat atas dakwaan menyepak murid sembilan tahun, dalam kejadian di Labu Kubong, Teluk Intan, Perak.

Ketua Polis Hilir Perak, Bakri Zainal, berkata laporan mengenai kejadian itu dibuat ibu mangsa berusia 41 tahun, pada Ahad lalu.

“Ibu kanak-kanak itu mendakwa anaknya disepak guru lelaki berusia 52 tahun selepas berlaku pergaduhan dalam kelas melibatkan pelajar tahun tiga.

“Tindakan guru tersebut menyebabkan murid itu mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar,” katanya menurut Kosmo.

Katanya, siasatan lanjut mengenainya sedang dijalankan termasuk mengenal pasti punca kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.