
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata 894 laporan polis diterima setakat ini.
“Proses rakaman percakapannya sudah dilakukan dan kertas siasatan sudah diserah ke AGC untuk tindakan lanjut.
“Kertas siasatan masih dalam kajian AGC. Setakat ini, belum ada arahan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.
Terdahulu, Zamri membuat hantaran di Facebook didakwa mempersenda upacara kavadi ketika Thaipusam.
Penyampai radio Era FM
Razarudin berkata, kertas siasatan membabitkan penyampai radio Era FM masih dalam kajian AGC dan pihaknya belum menerima arahan lanjut.
Polis dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap kakitangan stesen radio Era, termasuk tiga penyampainya kerana disyaki mempersenda tarian kavadi Hindu dalam satu video tular.
Astro Audio turut dilaporkan menggantung penyampai radio 3 Pagi Era Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani serta dua lagi kakitangannya susulan kontroversi itu.