Pas khas bolehkan pelabur asing tinggal 6 bulan di Malaysia

Pas khas bolehkan pelabur asing tinggal 6 bulan di Malaysia

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pas itu akan memudahkan urusan pelawat perniagaan dan pelabur asing ke Malaysia.

Pelabur asing yang mempunyai pas pelabur dibenarkan masuk ke Malaysia untuk tempoh selama enam bulan dan boleh dilanjutkan sehingga enam bulan.
PETALING JAYA:
Pelabur asing dibenarkan masuk ke negara untuk tempoh enam bulan menerusi pas pelabur bagi membantu mereka menguruskan urusan pelaburan.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata tempoh itu boleh dilanjutkan sehingga enam bulan lagi dengan kemudahan visa berbilang kemasukan (MEV) turut diberikan kepada pemegang pas terbabit.

“Tiada pas khusus kepada pelabur asing, sebelum ini mereka hanya diberikan Pas Lawatan Sosial dengan tempoh mengikut kelayakan negara iaitu selama 14 sehingga 90 hari,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Saifuddin, pas pelabur diperkenal 1 April itu bagi  memudahkan urusan pelabur asing terutamanya yang telah memberikan komitmen untuk membuat pelaburan.

Menurut Saifuddin, pas itu akan dilaksanakan melalui Xpats Gateway dengan sebarang maklumat berkait boleh diperoleh melalui https://xpatsgateway.com.my/.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.