Sekinchan dibadai ribut, 30 rumah terjejas

Sekinchan dibadai ribut, 30 rumah terjejas

Kejadian petang tadi kedua selepas ribut pertama melanda Sekinchan pada Khamis lalu.

Ribut melanda Taman Ria, Sekinchan, petang tadi membawa kepada pembukaan sebuah PPS. (Gambar Adun Sekinchan Ng Suee Lim)
PETALING JAYA:
Hampir 30 rumah terjejas selepas ribut melanda Taman Ria, Sekinchan petang tadi.

Pengerusi Pengurusan Bencana Sabak Bernam, Ali Sadikin Sadin, berkata pihaknya bertindak mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Seri Sekinchan pada 4.50 petang bagi menempatkan mangsa terkesan.

“Semua agensi berkaitan diarah bersiap siaga dalam menghadapi situasi ini.

“Ini termasuk menyediakan bantuan segera kepada mangsa yang terjejas serta melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, orang ramai khususnya yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan dan pengumuman rasmi pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini.

Khamis lalu, dilaporkan lapan rumah di Jalan Ban Lesen, Parit 4, Sekinchan musnah akibat kejadian ribut yang berlaku pada awal pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.