
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Nur Azalea Zakiah Jiben berusia 44 tahun, Ariana Juana Helda, 22 dan Simon Hiu, 39, disahkan meninggal dunia dalam nahas di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri itu.
“Dua lagi penumpang dalam Perodua Alza parah manakala pemandu lori patah kaki,” katanya, menurut Harian Metro.
Jurucakap itu berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian pada 6.51 pagi.
Katanya, pasukan bomba mengeluarkan kesemua mangsa tersepit menggunakan alat pemotong khas.
“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Tiga lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut,” katanya.