Siling pusat beli-belah popular di JB runtuh

Siling pusat beli-belah popular di JB runtuh

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku di tingkat satu pusat beli-belah terbabit.

Keadaan siling di sebuah pusat beli-belah popular di Johor Bahru yang runtuh petang semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pengunjung sebuah pusat beli-belah popular di Johor Bahru terkejut selepas sebahagian siling premis berkenaan runtuh petang semalam.

Menurut Buletin TV3, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku di tingkat satu pusat beli-belah KSL City yang menempatkan beberapa kiosk serta restoran.

Runtuhan itu juga menyebabkan sebahagian struktur siling menimpa beberapa premis perniagaan.

Gambar dan video kejadian itu turut tular di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, ketika dihubungi Buletin TV3 memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.

Bilik Gerakan Jabatan Bomba Johor juga mengesahkan mereka tidak menerima sebarang aduan.

Wartawan Buletin TV3 yang membuat tinjauan di pusat beli belah itu hari ini melaporkan pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih bahagian siling yang runtuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.