Raja Arab Saudi sumbang 25 tan kurma kepada Malaysia

Raja Arab Saudi sumbang 25 tan kurma kepada Malaysia

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Al Sulaim berkata sumbangan itu mesej solidariti kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia.

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Al Sulaim (tiga dari kiri) menyampaikan sebahagian daripada 25 tan kurma sumbangan Raja Salman Abdulaziz kepada Malaysia sempena Ramadan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kerajaan Arab Saudi menyumbangkan 25 tan buah kurma kepada Malaysia sempena Ramadan yang mempamerkan hubungan baik kedua-dua negara sejak sekian lama.

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Al Sulaim berkata sumbangan itu adalah sebahagian program iftar Penjaga Dua Tanah Suci Raja Salman Abdulaziz yang dilaksanakan di lebih 100 negara Islam.

“Program tahunan ini lanjutan daripada usaha kebajikan penjaga dua tanah suci pada Ramadan. Baginda berhasrat mengeratkan lagi hubungan sesama saudara Islam di seluruh dunia melalui sumbangan itu.

“Sumbangan ini bukan sekadar pemberian material, tetapi juga mesej solidariti daripada kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sirajuddin Suhaimee antara yang hadir pada majlis penyerahan sumbangan malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.