
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, yang juga bekas setiausaha agung PKR belum buat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak pada pemilihan partinya Mei depan.
“Belum setakat ini. Kalau ada saya akan buat sidang media khas,” katanya lapor Bernama.
Saifuddin berkhidmat sebagai setiausaha agung PKR dari 2016 hingga 2024. Beliau melepaskan jawatan itu untuk tumpu pada tugas anggota biro politik dan ketua setiausaha Pakatan Harapan.
Beliau pernah bersaing dengan Rafizi Ramli untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan 2022.
PKR dijadual mengadakan pemilihan peringkat bahagian dari 11 hingga 20 April.
Pemilihan bagi kepimpinan pusat berlangsung pada 24 Mei.