Putrajaya tingkat pemberian kepada kerajaan negeri sebanyak 25%

Putrajaya tingkat pemberian kepada kerajaan negeri sebanyak 25%

Kerajaan persekutuan tingkat kadar 'capitation grant' kepada kerajaan negeri untuk bantu sempurnakan perkhidmatan.

perdana putra
Pemberian kerajaan negeri ditingkatkan kepada RM9.8 bilion, susulan mesyuarat Majlis Kewangan Negara hari ini.
PETALING JAYA:
Pemberian kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri untuk tahun ini ditingkatkan lagi, untuk membantu menyempurnakan perkhidmatan kepada rakyat.

Peningkatan kadar pemberian mengikut bilangan orang (capitation grant) itu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini, kata Setiausaha Akhbarnya Tunku Nashrul Tunku Abaidah dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri.

Perkembangan ini menyaksikan kadar ditingkatkan sebanyak 25% atau RM109 juta kepada RM548 juta. “Secara keseluruhan, pemberian kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri ditingkatkan lagi kepada RM9.8 bilion untuk tahun 2025, berbanding RM9.3 bilion pada tahun lalu.”

“Ini merupakan kali pertama kadar ‘capitation grant’ ini disemak sejak 2002,” katanya.

Anwar turut menekankan bahawa pentadbirannya tekad memastikan hubungan dengan semua kerajaan negeri kekal utuh, tambahnya.

Mesyuarat hari ini dihadiri oleh Premier Sarawak, para menteri besar dan ketua menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.