Mahkamah keluar perintah beku akaun bank luar negara, saham individu berkait Najib

Mahkamah keluar perintah beku akaun bank luar negara, saham individu berkait Najib

Kerajaan mendakwa dana 1MDB sebanyak USD4.5 juta disimpan di sebuah bank Saudi, manakala bekas PR Najib Razak didakwa membeli saham menggunakan dana diseleweng.

kl high court
Hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy telah mengeluarkan perintah menghalang ‘Putera Faisal Turki Al Saud’ daripada mengakses akaun banknya di Riyad Bank dan Paul Stadlen daripada berurusan dalam saham yang dipegang oleh firma UK.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menghalang dua lelaki yang dikaitkan dengan Najib Razak daripada mengakses akaun bank dan saham mereka yang dipegang di luar negara.

Menerusi permohonan yang difailkan semalam, kerajaan mendakwa sejumlah USD4.5 juta yang dipegang oleh individu dikenali sebagai ‘Putera Faisal Turki Al Saud” di Riyad Bank di Arab Saudi mempunyai kaitan dengan 1MDB.

‘Putera Faisal’ dikatakan telah memindahkan RM60 juta kepada Najib pada 2011.

Sementara itu, dalam permohonan berasingan, kerajaan berusaha menghalang bekas penasihat media Najib, Paul Stadlen, daripada mengakses 12 juta saham yang dipegang dengan firma pengurusan aset di UK.

Kerajaan mendakwa Stadlen telah membeli saham itu — bernilai kira-kira USD100 juta — menggunakan dana yang diselewengkan daripada projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur, projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP)

Perintah itu dikeluakan Hakim K Muniandy semasa pengurusan kes hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat mewakili kerajaan.

Beliau memberitahu pemberita kemudiannya bahawa peguam negara akan menggunakan Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 untuk menyampaikan perintah mahkamah kepada rakan sejawatannya dari Arab Saudi dan UK.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.