
“Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja mendapat butiran terperinci,” kata Miti menjawab pertanyaan media, lapor Bernama.
Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura K Shanmugam sebelum ini dilaporkan berkata, pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di negara itu mungkin mengandungi cip AI Nvidia, yang kemudiannya dipindahkan ke Malaysia.
“Persoalannya adalah sama ada Malaysia destinasi terakhir, atau, dari Malaysia, ia dihantar ke tempat lain, yang kita masih tidak pasti pada tahap ini.
“Tetapi kami berpandangan mungkin terdapat representasi palsu mengenai destinasi akhir pelayan itu,” katanya.
Media Singapura melaporkan cip itu dibenamkan dalam pelayan yang dibekalkan oleh Dell dan Supermicro kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura sebelum dipindahkan ke Malaysia.