
Timbalan Ketua Polis Timur Laut Lee Swee Sake berkata, jaminan itu diberikan selepas perintah reman terhadap doktor berusia 43 tahun itu tamat hari ini.
“Polis ketika ini sedang melengkapkan kertas siasatan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, sebelum diserahkan kepada Bukit Aman dan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan seterusnya,” katanya, lapor Bernama.
Terdahulu dilaporkan seorang doktor di sebuah hospital di George Town, Pulau Pinang, ditahan selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh.
Doktor itu dipercayai memperdaya dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pesakit wanita berusia awal 20-an ketika mangsa menerima rawatan.