
Mereka menggesa penambahbaikan dalam lima aspek iaitu kepimpinan, autonomi pentadbiran, autonomi kewangan, perkhidmatan kepada Ahli Parlimen, dan kebertanggungjawaban kepada rakyat.
Kumpulan itu menggariskan 11 penambahbaikan penting, termasuk perwakilan Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP), autonomi kewangan untuk MPP, dan penubuhan suatu pejabat belanjawan Parlimen.
“Jika rang undang-undang ini diluluskan, Parlimen masih akan berada di bawah pengaruh kuat eksekutif serta tidak mempunyai sumber dan kuasa yang mencukupi untuk menjalankan semakan dan imbangan serta menghasilkan undang-undang dan dasar yang lebih baik,” menurut kenyataan bersama.
Kenyataan diterbitkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Projek Sama, dan Rasuah Busters.
Mereka mendakwa tahap aspirasi kerajaan dalam RUU itu rendah, dan kerajaan mengikat diri kepada rangka tahun 1963 dalam usaha reformasi Parlimen. Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dimansuhkan pada 1992.
Menurutnya, Parlimen New Zealand, Australia, United Kingdom dan Kanana melaksanakan reformasi berani bagi mewujudkan perkhidmatan Parlimen yang lebih profesional dan berdaya maju.