Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan KL

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan KL

Perdana menteri juga sembah maklum Sultan Selangor Bangunan Sultan Abdul Samad perlu kekal sebagai warisan Kesultanan Melayu agung.

Seluruh kawasan bermula dari Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Keretapi Tanah Melayu hingga Carcosa Seri Negara akan dijadikan Tapak Warisan Kuala Lumpur. (Gambar fail)
SHAH ALAM:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kawasan Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara akan dijadikan Tapak Warisan Kuala Lumpur.

Anwar berkata, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerangkan mengenai kawasan berkenaan kepada Kabinet semasa mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

“Pagi tadi (semalam) Jemaah Menteri meminta Khazanah dan DBKL menerangkan mengenai seluruh kawasan bermula dari Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Keretapi Tanah Melayu sehingga Carcosa Seri Negara untuk dijadikan keseluruhan Tapak Warisan Kuala Lumpur.

“Perlu diingat, pertama kali dalam sejarah, peruntukan bermula dengan angka RM1 bilion yang diusahakan oleh Khazanah untuk kita kekalkan satu warisan Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita, Pemuda PKR Selangor malam tadi.

Anwar, yang juga menteri kewangan berkata beliau telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.