
Anwar berkata, beliau beliau telah mengamanahkan Rafizi, yang juga menteri ekonomi, untuk menjadi timbalannya, dan beliau harus diberi ruang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
“Biar Rafizi diberi laluan mudah,” kata perdana menteri itu pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan cabang Selangor semalam.
Bulan lepas, setiausaha politik Anwar, Shamsul Iskandar Akin, berkata perbincangan masih berjalan berhubung cadangan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti ketika pemilihan yang dijadualkan diadakan pada Mei.
Apabila ditanya sama ada cadangan itu akan melanggar prinsip demokrasi parti, beliau berkata, rundingan adalah juga sebahagian proses demokrasi.
Katanya, PKR sedang menumpukan pada agenda lebih penting, iaitu berkhidmat kepada rakyat sebagai kerajaan, dan bersiap sedia untuk PRU seterusnya.
Anwar sebelum ini berkata, beliau akan menyerahkan kepada parti untuk memutuskan sama ada dua jawatan tertinggi itu akan dipertandingkan.
Tegasnya, beliau tidak mahu campur tangan dalam perkara itu, dan menghormati proses demokrasi dalam PKR.
Pemilihan peringkat cawangan dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 20 April, manakala pemilihan pucuk pimpinan pusat akan diadakan pada 24 Mei.
Para pemegang jawatan semasa dalam PKR telah berkhidmat sejak 29 Mei 2022.