
Presiden Saaidah Athman berkata gesaan itu dibuat kerana beban tugas dan isu keselamatan yang boleh menjejaskan pesakit.

Katanya, MNU yang mewakili 80,000 jururawat di Malaysia membantah pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu kepada petugas syif di KKM.
“Kami mohon agar waktu bertugas dikekalkan seperti sedia ada iaitu 42 jam seminggu.
“Kami menyeru dan berharap kerajaan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan KKM mempertimbangkan isu 45 jam ini dan mohon petugas kesihatan bertugas syif jumlah minimum bekerja seminggu adalah 42 jam,” katanya kepada FMT.
Semalam, Senator RA Lingeswaran berkata waktu kerja 45 jam seminggu bagi jururawat yang sepatutnya bermula Sabtu ini ditangguh selama tiga bulan supaya beberapa isu berbangkit dapat ditangani.
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dipetik berkata KKM akan memohon moratorium pelaksanaan waktu bekerja 45 jam ini dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sementara itu, Saaidah berkata pihaknya sudah menghantar memorandum kepada Dzulkefly, semalam, mengenai tempoh bekerja jururawat sambil berharap Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mengambil keputusan tepat.
Katanya, penambahan waktu kerja itu antara lain akan memberi kesan negatif kepada kualiti perkhidmatan kesihatan dengan memetik kajian penyelidik dari Universiti Toronto, Katherine Scott-Marshall.
Menurutnya kajian penyelidik itu mendapati risiko berlaku kecuaian meningkat sehingga 34% jika bekerja lapan jam tanpa henti.
“Selain itu, kajian beliau juga mendapati jururawat yang bertugas lebih 40 jam seminggu berpotensi melakukan kesilapan kepada pesakit 50% lebih tinggi,” katanya.