
Beliau berkata AirAsia akan menyediakan 16,000 tempat duduk di lebih 90 penerbangan larut malam dari 28 Mac hingga 5 April ini.
“Kerajaan tetap komited dalam usaha memastikan perjalanan udara lebih mampu milik untuk semua rakyat Malaysia,” katanya, merujuk kepada subsidi tambang penerbangan yang diberikan kerajaan susulan aduan harga tiket yang tinggi.
“Dengan bekerja rapat dengan pemain industri utama seperti AirAsia, kita sedang mempertingkatkan keterhubungan, mengurangkan kos perjalanan, dan akhirnya meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya selepas melancarkan inisiatif penerbangan tambang tetap AirAsia yang kedua bagi tahun ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Fareh Mazputra.
Tambang sehala bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kuching, Sibu, Bintulu atau Miri, serta antara Johor Bahru dan Kuching serta Sibu, ditetapkan pada RM328.
Penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta antara Johor Bahru dan Kota Kinabalu, ditawarkan pada harga RM388.
Loke berkata inisiatif ini, yang terbukti memberi kesan positif semasa sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, sekali lagi akan membantu menyatukan keluarga menjelang Aidilfitri.