
Katanya, jika dipersetujui ‘berita gembira’ itu akan diumumkan kerajaan selepas dimuktamadkan.
“Kita tunggu dulu apa-apa keputusan yang akan diumum di masa hadapan (cadangan cuti Aidiladha dua hari),” katanya menjawab soalan Shamshulkahar Deli (BN-Jempol) di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Shamshulkahar membangkitkan perkara itu dengan berkata rakyat di seluruh negara sedang ‘menanti dengan penuh azab’ mengenainya.
Pada 18 Feb lalu, beliau menyeru kerajaan menetapkan dua hari cuti umum di seluruh negara bagi sambutan Aidiladha, berbanding sehari ketika ini.
Katanya, cuti sehari tidak mencukupi kerana menyukarkan umat Islam pulang ke kampung halaman menyambut perayaan itu.
Ketika ini hanya Kelantan dan Terengganu menetapkan cuti umum dua hari bagi Aidiladha.