
Suaram berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai penyiasat yang memaklumkan perkara tersebut pada 3.50 petang.
“Kami diberitahu pertuduhan esok ditangguh untuk rujukan semula pihak berkenaan dan tarikh baru tidak dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer meminta kerajaan mengkaji semula keputusan pertuduhan itu berikutran wujud akuan penerimaan memorandum ditandatangani pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diserah Suaram.
Katanya, siasatan perlu dilakukan secara lebih mendalam kerana kumpulan terbabit mendakwa dibenarkan memasuki bangunan KDN untuk menyerahkan memorandum oleh seorang pegawai walaupun tanpa pas.
Semalam, Suaram mendakwa dua pemimpin terbabit, antara tiga individu yang akan dituduh di mahkamah pada pagi esok.
Sevan pada 12 Feb lalu dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung dakwaan memasuki KDN tanpa pas, pada 10 Feb.
Dalam kejadian itu, Suaram dan ahli keluarga tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma ke KDN bagi menyerahkan memorandum menuntut jawapan berhubung kesejahteraan tahanan.