
Katanya, perkara itu sedang dibincangkan pihaknya bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum dimuktamadkan.
“Sememangnya ada syor untuk kita meningkatkan (hukuman) kerana ini terkait dengan isu sensitif masyarakat Islam dan kita sedang membincangkan dengan Jakim…pihak berkaitan,” katanya pada sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab celahan Idris Ahmad (PN-Bagan Serai), meminta kerajaan menaikkan hukuman bagi kesalahan penggunaan logo halal yang dilihat terlalu rendah ketika ini.
Armizan berkata, pihaknya juga sedang mempertimbangkan hukuman terhadap premis yang gagal membuat semakan status halal sebelum menerima produk daripada pembekal untuk dijual.
Katanya, pasar raya juga diharap memainkan peranan menyemak sumber bekalan produk yang dimasukkan ke premis mereka melalui portal halal.
Pada 11 Jan lalu, Universiti Malaya mengarahkan penutupan dua cawangan KK Mart di kampusnya berikutan status halal sandwic yang diragui sehingga mencetuskan kontroversi.
Syarikat pembekal, Shake and Bake Cafe Sdn Bhd pada 15 Jan berkata, bahan digunakan untuk produk itu menggunakan ramuan mempunyai sijil halal.
Jabatan Kimia kemudian mengesahkan tiada unsur DNA khinzir dalam semua sampel produk berkenaan yang didapati menyalah guna logo halal.
Bagaimanapun, syarikat pembekal sandwic itu dan pengarahnya menghadapi 14 pertuduhan berkaitan penggunaan logo halal tanpa kebenaran.