
Bekas menteri sumber manusia itu yang mengesahkan perkara itu dengan FMT berkata, beliau telah dicalonkan untuk bertanding pada pemilihan DAP.
Sivakumar, yang digugurkan daripada Jemaah Menteri Anwar Ibrahim pada Disember 2023, menyertai DAP pada 1997. Beliau memenangi pilihan raya pertamanya pada 2008, menjadi Adun Tronoh.
Timbalan Setiausaha Agung DAP itu dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Gajah pada 2013 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU 2018 dan 2022.
Timbul spekulasi sama ada veteran DAP lain akan turut bertanding pada pemilihan CEC tahun ini berikutan penarikan diri empat ahli kanan.
Empat ahli kanan tersebut, iaitu Penasihat DAP Tan Kok Wai, Bendahari Fong Kui Lun, Naib Pengerusi M Kulasegaran, dan bekas exco Pulau Pinang Phee Boon Poh, berkata mereka mahu memberi laluan kepada generasi baharu pemimpin dalam CEC.
Naib Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen enam penggal Seputeh Teresa Kok berkata, beliau akan bersaing untuk mendapatkan tempat dalam CEC kerana belum menganggap dirinya sebagai ahli kanan parti lagi.