
Bagaimanapun, Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata beliau belum menerima sebarang tarikh untuk perbincangan tersebut, lapor Bernama.
“Kalau ada yang memanggil untuk berbincang, saya akan datanglah…yang penting ada (usaha untuk berbincang). Ia adalah kerjasama yang baik antara kami,” katanya selepas majlis perasmian sebuah klinik pergigian di Kuching.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perbincangan tersebut menyentuh aspek-aspek kerjasama terutamanya melibatkan projek-projek baharu yang akan diterokai oleh kedua-dua syarikat terbabit dalam apa jua bidang.
Pada sesi penerangan di Dewan Rakyat pada Isnin, Anwar berkata kerajaan persekutuan memperakui aspirasi Sarawak untuk menceburi industri minyak dan gas di negeri berkenaan.
Beliau menjelaskan bahawa hasrat itu termaktub dalam Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Pindaan) (DGO), yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac, 2025.