Chow sah tanding pemilihan CEC

Chow sah tanding pemilihan CEC

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata beliau menjadi ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu sejak 2001.

Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow tidak bertanding pada pemilihan DAP negeri pada September tahun lalu.
PETALING JAYA:
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan beliau akan bertanding di pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan depan.

“Saya mengesahkan akan bertanding untuk pemilihan CEC,” katanya yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata di satu program di Pulau Pinang.

“Saya menjadi ahli CEC sejak 2001 lagi… Jadi saya masih bertanding, dicalonkan dan tidak tarik balik macam pemilihan negeri.”

Chow yang juga naib pengerusi DAP tidak bertanding dalam pemilihan DAP negeri pada September tahun lalu.

Pemilihan CEC dijadual pada 16 Mac ini bersempena dengan Kongres Kebangsaan DAP ke-18.

Setakat hari ini, empat pemimpin kanan menarik diri daripada pemilihan itu Penasihat DAP, Tan Kok Wai, Bendahari Kebangsaan, Fong Kui Lun dan dua veteran Phee Boon Poh serta M Kula Segaran.

Mereka menarik diri dengan alasan bagi memberi laluan kepada generasi pemimpin baharu memainkan peranan kepimpinan lebih penting.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.