4 pegawai terkait Ismail Sabri ditahan SPRM

4 pegawai terkait Ismail Sabri ditahan SPRM

Mereka merupakan pegawai ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.

macc
Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Putrajaya semalam dengan tiga daripadanya direman lima hari, manakala seorang lagi tiga hari.
PETALING JAYA:
Empat pegawai terkait bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, direman tiga ke lima hari susulan penahanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, perintah reman dikeluarkan Mahkamah Putrajaya semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula Jumaat lalu untuk tiga individu, manakala seorang lagi direman tiga hari dan dibebaskan hari ini.

Menurut Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan perkara berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM.

Seksyen berkenaan memperuntukan siasatan melibatkan meminta atau menerima rasuah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.