
Istana Negara memaklumkan Sultan Ibrahim tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang pada 7 pagi tadi.
“Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara 7 Feb lalu dengan diiringi Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.
Selasa lalu, Istana Negara dilaporkan berkata, Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’ (otot dan tulang).
Menurutnya, kesakitan itu berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, khasnya bermain polo.