Operasi padam api kilang karpet masuk hari ke-2

Operasi padam api kilang karpet masuk hari ke-2

Bomba meneruskan operasi lebih 24 jam tanpa henti dan dijangka berlarutan hingga petang ini.

kebakaran kilang karpet
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran membabitkan kebakaran di sebuah kilang karpet di Nilai 3. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Operasi pemadaman api di sebuah kilang karpet di Nilai 3 yang musnah dalam kebakaran semalam kini masuk hari kedua.

Komander Operasi, Bakarya Mohd Salleh, berkata pihaknya meneruskan operasi lebih 24 jam tanpa henti dan dijangka berlarutan hingga petang ini.

“Ia mengambil masa kerana bahan yang terbakar dalam keadaan bergulung atau bertindih banyak lapisan dan tidak terkena air,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.

Tambahnya lagi, bagi memudahkan proses memadam api, bomba turut menghubungi khidmat jengkaut petang semalam.

“Ia bagi mengangkut permaidani yang sudah atau belum terbakar keluar dari lokasi bagi memudahkan proses memadam api kerana air tidak sampai,”.

Katanya, operasi turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Cyberjaya dan KLIA.

Beliau turut memaklumkan, asap sudah berkurangan manakala 95% api berjaya dipadam dalam operasi berkenaan.

“Operasi dijangka dihentikan petang ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.