Kilang karpet di Nilai 3 terbakar

Kilang karpet di Nilai 3 terbakar

Bomba menerima laporan berhubung kebakaran di kilang itu pada jam 7.49 pagi tadi.

Nilai 3 carpet
Pihak bomba masih berusaha mengawal kebakaran di sebuah kilang karpet di Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.
PETALING JAYA:
Sebuah kilang karpet di Nilai 3 di Nilai dilaporkan musnah dalam satu kebakaran pada pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sembilan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran bangunan satu tingkat itu pada jam 7.49 pagi.

Katanya, seramai 28 anggota daripada Balai Bomba Nilai, Mantin dan Seremban 2 dikejar ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran tersebut.

“Maklumat awal diterima berlaku kebakaran besar di sebuah kilang membuat karpet.

” Kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan oleh anggota di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.

Difahamkan bagunan kilang itu pernah musnah dalam kebakaran beberapa tahun lalu.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.