
Exco Kesihatan dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata sitaan itu dibuat hasil pemeriksaan di gerai-gerai sekitar sekolah selepas siasatan awal mendapati gula-gula terbabit dipercayai dibeli mangsa dari gerai berhampiran kawasan itu.
Beliau berkata jabatan kesihatan negeri sedang melakukan siasatan lanjut berkaitan keselamatan produk makanan itu yang dikenali sebagai ‘Gummy Original Basketball Soft Candy’s’.
“Jabatan Kesihatan Pulau Pinang terus menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan serta mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.
Pada Rabu lalu, Fahmi Hafiz Fakhruddin, 10, dilaporkan kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula tersebut.
Kanak-kanak itu yang membeli dua biji gula-gula terbabit sebelum sesi kelas Kafa dilaporkan meninggal dunia pada 11 malam semalam.
Gooi turut menyeru orang ramai terutama ibu bapa agar memantau dan menasihati anak-anak mereka supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan terutama makanan yang mempunyai risiko tercekik.