Lelaki Bangladesh didakwa bunuh rakan sekerja

Lelaki Bangladesh didakwa bunuh rakan sekerja

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 11.30 malam 9 Feb hingga 12.30 tengah malam 10 Feb lalu.

gavel
Pekerja kilang warga Bangladesh Molla Abdul Aziz didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan membunuh rakan sekerja dengan menikamnya, minggu lalu. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang pekerja kilang warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerja dengan menikamnya dalam kejadian minggu lalu.

Tertuduh, Molla Abdul Aziz, 25, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass, menurut Harian Metro.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh lelaki warga Nepal, Mochi Satindar, 30, di asrama pekerja di Jalan Wawasan 14, Kawasan Perindustrian Sri Gading Fasa 2, antara 11.30 malam, 9 Feb hingga 12.30 tengah malam, 10 Feb lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes.bunuh, tikam, Bangladesh, pekerja kilang

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.