
Ibu saudara, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, murid Tahun Empat itu disahkan pemergiannya sekitar 11 malam tadi.
“Fahmi (Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin) sudah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 malam, ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang ( HPP).
“Jenazah dijangka dibawa pulang ke rumah neneknya di Permatang Binjai, Penaga.
“Jenazah akan diuruskan di rumah dan dijangka dikebumikan pada esok pagi,” katanya kepada Berita Harian.
Kanak-kanak itu dipercayai membeli dua biji gula-gula itu sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) pada 2.30 petang kelmarin.
Sebelum ini, Siti Farhani berkata, doktor memaklumkan otak kanak-kanak itu mengalami kesan akibat kekurangan oksigen berpanjangan dan dimaklumkan doktor akan memantau keadaan anak sulung daripada dua beradik itu sehingga Jumaat, sebelum membuat keputusan lanjut.