
Mereka berkata, langkah menarik diri itu untuk memberi laluan kepada generasi pemimpin baharu memainkan peranan kepimpinan lebih penting.
“Hari ini, DAP mempunyai ramai individu berbakat dan kami mempunyai rancangan penggantian kepimpinan yang baik.
“Kami menaruh keyakinan penuh terhadap pasukan kepimpinan teras DAP. Kecekapan mereka memberi kami jaminan dan keyakinan bahawa masa depan parti berada di tangan berkebolehan,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
Baru-baru ini, sekumpulan ahli veteran mendakwa wujud “deep state” dalam parti itu bagi menjejaskan pengaruh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan pasukannya.
Pemimpin DAP, Ronnie Liu baru-baru ini merungut tindakan parti itu meminda perlembagaannya supaya wakil rakyat yang mematuhi arahan parti dalam isu asas akan hilang keahlian mereka secara automatik.