Jelebu banjir kilat, 51 mangsa pindah ke PPS

Jelebu banjir kilat, 51 mangsa pindah ke PPS

Kawasan itu dilanda hujan lebat sejak 10 malam semalam, menyebabkan rumah penduduk dinaiki air hingga paras pinggang.

pps
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Jelebu awal pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa yang terjejas akibat banjir kilat. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan D’Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa daripada 11 keluarga terjejas akibat banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Najib Abdul Karim, berkata mereka terdiri daripada sembilan individu warga emas, 28 dewasa, 12 kanak-kanak serta dua bayi dari Ladang Jelebu, Taman Pekan Baru dan Taman Bandar Tinggi.

“Hujan lebat sejak 10 malam tadi mengakibatkan banjir kilat di kawasan terlibat dengan ada rumah dinaiki air hingga paras pinggang. Setakat ini air belum surut, hujan masih renyai-renyai.

“Limpahan air sungai dan masalah sistem perparitan juga menyebabkan banjir berlaku di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamatkan mangsa banjir melibatkan 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam, bomba, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.