DAP belum terima aduan isu pembantu ganggu Steven Sim

DAP belum terima aduan isu pembantu ganggu Steven Sim

Setiausaha agung kata jawatankuasa disiplin akan siasat jika aduan rasmi difailkan.

Minister of Transport Anthony Loke officiates the Official Launch of Ninja Cold
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata Tan Khong Chong sudah pun meminta maaf kepada Steven Sim.
SUBANG JAYA:
DAP belum menerima sebarang aduan mengenai insiden membabitkan pembantu pengerusi parti Lim Guan Eng mengganggu Ketua Bahagian Pulau Pinang Steven Sim pada satu acara Sabtu lepas.

Setiausaha Agung Loke Siew Fook kata jawatankuasa tatatertib akan mengikut proses sewajarnya untuk menyiasat isu itu jika aduan difailkan terhadap Tan Khong Chong.

“Mengenai orang yang terlibat (Tan), dia meminta maaf dan orang yang dia tengking (Sim) juga telah menerima permohonan maafnya,” kata Loke kepada pemberita selepas merasmikan acara NinjaCold.

Tan mengeluarkan kenyataan pada Isnin menyatakan kekesalan atas tindakannya, serta perkembangan lain yang menyusul.

Dia dilaporkan melemparkan kata-kata kasar terhadap Sim dan menggelarnya pengkhianat.

Dia mendekati Sim dan memarahinya selama hampir 10 saat, juga menuduhnya cuba melemahkan Lim.

Sim bagaimanapun tidak mahu isu itu berlanjutan biarpun ada gesaan tindakan tatatertib terhadap Tan.

Mengulas perkembangan lain, mengenai peletakan jawatan pengarah bukan eksekutif bebas Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) susulan penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, Loke berkata ia perkara biasa dalam proses itu.

“Syarikat itu telah dinyahsenarai dan saya percaya mereka telah mengambil tindakan yang perlu dan sewajarnya,” katanya.

Pada 28 Jan, GDA yang diterajui Khazanah-KWSP memperoleh saham yang mencukupi untuk nyah senarai dan menswastakan MAHB, hampir lapan bulan selepas pengambilalihan dicadangkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.