Tiada keperluan pendek waktu sekolah, tutup kantin pada Ramadan, kata Fadhlina

Tiada keperluan pendek waktu sekolah, tutup kantin pada Ramadan, kata Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sesi persekolahan akan berlangsung seperti biasa mengikut garis panduan sedia ada.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihak sekolah mesti memastikan operasi kantin dibuka seperti biasa sepanjang bulan Ramadan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian tidak bercadang untuk memendekkan waktu persekolahan dan juga menutup operasi kantin sepanjang bulan Ramadan tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata tiada keperluan untuk waktu persekolahan dipendekkan dan sesi persekolahan akan berlangsung seperti biasa mengikut garis panduan sedia ada, lapor Sinar Harian.

“Ramadan (waktu) sekolah macam biasa. Nak balik awal kenapa? Bukan boleh buka puasa awal.

“Setakat ini ada garis panduan, jadi kita minta semua untuk rujuk garis panduan tersebut. Kita ambil maklum sekiranya ada keperluan khas isu tertentu,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan hari pertama sesi akademik 2025/2026 di SK Taman Pelangi Semenyih di Semenyih.

Mengenai operasi kantin sepanjang bulan Ramadan, Fadhlina mengingatkan pengurusan sekolah untuk memastikan kantin dibuka seperti biasa.

“Berkenaan pembukaan kantin juga sama saja macam biasa kita umumkan setiap tahun. Macam biasa tiada masalah.

“Dua minggu sahaja kantin beroperasi untuk sesi sekolah bulan Ramadan, jadi tiada masalah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.