Permohonan PDL ke CDL boleh dibuat di aplikasi MyJPJ esok

Permohonan PDL ke CDL boleh dibuat di aplikasi MyJPJ esok

Kemudahan itu dijangka memanfaatkan 2.38 juta pemegang Lesen Memandu Percubaan yang layak.

My JPJ App
Pengenalan fungsi baharu itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat permohonan Lesen Memandu Kompeten secara dalam talian, kata Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli.
PUTRAJAYA:
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini, berkata kemudahan itu dijangka memanfaatkan 2.38 juta pemegang PDL yang layak.

“Pengenalan fungsi baharu ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat permohonan CDL secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.

“Dengan adanya fungsi baharu ini, pemegang lesen PDL boleh membuat permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi telefon pintar mereka,” menurut kenyataan itu.

Beliau berkata pemohon perlu memuat turut atau mengemas kini aplikasi MyJPJ sebelum log masuk bagi meneruskan beberapa langkah, iaitu memilih menu ‘Permohonan CDL’ dan ‘Tempoh Pembaharuan’.

Aedy Fadly berkata pemohon perlu memilih ‘Mod Bayaran’ dan membayar fi permohonan secara dalam talian bagi membolehkan permohonan mereka diproses.

“Seterusnya anda akan menerima notifikasi status permohonan,” katanya.

Aedy Fadly berkata fungsi baharu permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ itu adalah mudah dan cepat, menjimatkan masa, fleksibel dan mesra pengguna.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.