Banjir Sabah pulih, PPS terakhir di Kinabatangan ditutup

Banjir Sabah pulih, PPS terakhir di Kinabatangan ditutup

JPBN memaklumkan, 54 orang daripada 13 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Sukau telah dibenarkan pulang ke rumah.

Sabah kini diisytihar pulih daripada banjir susulan penutupan PPS SK Sukau, Kinabatangan, malam ini. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Bencana banjir di Sabah kini pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di SK Sukau, Kinabatangan, ditutup secara rasmi pada malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, 54 orang daripada 13 keluarga yang ditempatkan di PPS itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Keputusan ini dibuat selaras dengan cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinabatangan dan pemantauan agensi berkaitan di kawasan terlibat.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang memberi kerjasama semasa bencana banjir ini,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.