
Ketua Polis Kuala Muda Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika polis cuba menangkapnya, suspek menghayunkan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
Katanya, kesemua anggota polis terbabit, yang berusia antara 30 hingga 50an, cedera di kepala, tangan, bahu serta pinggul.
“Dua anggota polis yang berusia 40an dan 50an masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala dua lagi anggota berusia 20an sudah dibenarkan keluar hospital,” katanya di IPD Kuala Muda, lapor Harian Metro.
Wan Azharuddin berkata, suspek dilaporkan meninggal dunia pada 1.04 pagi tadi.
“Laporan bedah siasat belum diperoleh setakat ini,” katanya, tanpa mengulas lanjut tentang butiran kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.