Polis tahan warga China dikeluar dari pesawat AirAsia

Polis tahan warga China dikeluar dari pesawat AirAsia

Pasangan warga asing itu ditahan susulan hospital sah mereka tiada masalah mental.

albany hamzah
Timbalan Ketua Polis KLIA Albany Hamzah mengesahkan pasangan itu selesai mendapat rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menahan sepasang warga China yang dikeluarkan daripada pesawat AirAsia pada Ahad lepas selepas mereka disahkan tiada masalah mental susulan rawatan di hospital.

Timbalan Ketua Polis KLIA Albany Hamzah mengesahkan pasangan itu selesai mendapat rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, semalam.

Justeru, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD KLIA menahan mereka pada hari sama.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Pada Isnin, Ketua Polis KLIA Azman Shari’at berkata, pasangan itu dikeluarkan daripada penerbangan ke China selepas mereka berkelakuan seperti kurang siuman sehingga mengganggu penumpang lain.

Menurutnya, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis untuk pertanyaan, tetapi mereka gagal memberi kerjasama dan bertindak agresif.

Polis kemudian mendapatkan bantuan Kementerian Kesihatan selepas mengesyaki pasangan itu kurang siuman dan mereka diberikan ubat penenang selepas pemeriksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.