Peniaga wanita dipercayai dibunuh ketika COD

Peniaga wanita dipercayai dibunuh ketika COD

Polis berkata mangsa berusia 37 tahun dipercayai ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga hantaran.

police line
Polis berkata terdapat unsur jenayah pada mayat wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, tengah hari tadi.
PETALING JAYA:
Mayat seorang peniaga makanan dipercayai dibunuh ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, hari ini.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa wanita tempatan berusia 37 tahun tinggal di daerah itu.

Katanya, polis menerima maklumat berhubung kejadian pada 12.45 tengah hari tadi.

“Bertindak atas maklumat diperoleh, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian.

“Terdapat unsur-unsur jenayah pada tubuh badan si mati,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, menurut saksi mangsa ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta berhubung balai polis berhampiran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.